Borang Tempahan Mushaf al-Mutqin

MUSHAF AL-MUTQIN:

Berserta Ayat Mutashabihat Lafaz

Solusi Memperbaiki Hafazan Ayat Mutashabihat Lafaz


Masalah Utama dalam Hafazan Ayat Mutashabihat Lafaz

Antara cabaran terbesar bagi ramai huffaz ialah mengingati ayat mutashabihat lafaz, iaitu ayat yang hampir sama tetapi berbeza pada lafaz tertentu. Kekeliruan dalam mengenal pasti perbezaan kecil ini sering menyebabkan:

✅ Sukar mengingat perbezaan antara ayat-ayat yang hampir sama.
✅ Tertukar susunan lafaz ketika murajaah.
✅ Memerlukan rujukan  untuk mengetahui dan memahami corak ayat mutashabihat lafaz.



Solusi: Mushaf al-Mutqin

Bagi mengatasi cabaran ini, Mushaf al-Mutqin dibangunkan oleh pakar dalam pendidikan tahfiz dan al-Quran. Dengan reka bentuk inovatif dan mesra huffaz, mushaf ini membantu anda menghafaz dan mengingat mutashabihat lafaz dengan lebih mudah dan tepat.



Ciri-Ciri & Kelebihan Mushaf al-Mutqin

✅Dibangunkan oleh Pensyarah Pakar Bidang Tahfiz – Dihimpunkan menerusi kajian selama 5 tahun.

✅Menonjolkan Ayat Mutashabihat – Ayat mutashabihat lafaz digariskan supaya mudah dikenal pasti.
✅ Susun Atur Mesra Huffaz – Setiap ayat disusun bernombor di birai mushaf dengan jelas dan mudah dibaca.
✅ Reka Bentuk Berwarna – Estetik dan praktikal untuk pelajar & guru tahfiz mengetahui surah dan nombor ayat.
✅Saiz Sederhana (B5)  - mudah dibawa dan digunakan dalam sesi pembelajaran.
✅ Mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
✅ Menggunakan rasm Mushaf Madinah al-Munawwarah yang baru.
✅Saiz Tulisan Yang Mampu Dibaca (Readable) - Ayat mutashabihat lafaz yang ditulis di birai mushaf dipaparkan dengan saiz yang sesuai dan tidak terlalu kecil.


Bagaimana Menggunakan Mushaf al-Mutqin?

1️⃣ Baca & Perhati – Kenal pasti ayat mutashabihat lafaz yang digariskan di dalam mushaf.
2️⃣ Fahami Perbezaan – Rujuk senarai ayat yang menunjukkan variasi lafaz dalam ayat.
3️⃣ Hafaz dengan Teknik Betul – Gunakan kaedah perbandingan untuk memudahkan hafazan.
4️⃣ Murajaah Secara Sistematik – Ulang kaji dengan fokus pada ayat yang sering tertukar.
5️⃣ Gunakan sebagai Rujukan – Ideal untuk pelajar, guru, dan sesiapa yang ingin memperkukuh hafazan.



✅Tingkatkan Hafazan Anda Hari Ini!


Jangan biarkan ayat mutashabihat lafaz menjadi penghalang kelancaran hafazan anda.

Dapatkan Mushaf al-Mutqin sekarang dan jadikan hafazan lebih lancar, tepat, dan yakin!


Bagi tempahan dalam kuantiti yang besar (bulk order - 30 unit ke atas) boleh hubungi admin menerusi WHATSAPP  (teks sahaja) di talian:

019-3333863.






* Ruangan yang wajib diisi

Butiran Pembelian

ProdukKuantitiHarga (RM)
Mushaf al-Mutqin
0.00
Jumlah0

Jumlah Keseluruhan (RM)

Butiran Pelanggan

Pengesahan

Maklumat Perniagaan
Huffaz Mutqin Research Center PLT
huffazmutqin@gmail.com